SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. GURU PERPUSTAKAAN
i. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna Perpustakaan.
ii. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
iii. Menyediakan senarai buku-buku dan peralatan bilik perpustakaan.
iv. Melantik, melatih dan menyedia pengawas perpustakaan dalam membantu
mengurus perpustakaan.
v. Mempastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
vi. Menjaminkan bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur.
vii. Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku, majalah dan lain-
lain jenis bahan sesuai untuk murid dan guru.
viii. Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar.
ix. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup
serta akur dengan borang pesanan atau invois.
x. Menyimpan rekod pembeliaan dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
xi. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan
mengelaskan buku-buku tersebut mengikut perkelasan ”Perpuluhan Dewey”.
xii. Mempastikan setiap buku mengandungi doket buku. Kad buku, slaid tulang
belakang dan kat katalog sebelum digunakan.
xiii. Merancang mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan
kuiz, mengadakan pemeran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai
buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan membaca dan seumpamanya.
xiv. Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan
murid-murid meminjam buku.
xv. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
xvi. Menjilid majalah-majalah.
xvii. Mempastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan
daripada kecuriaan atau kehilangan.
xviii. Mempastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan.
xix. Mengadakan fail-fail tegak.
xx. Menyimpan guntingan atau keratan akhbar-akhbar dan kertas-kertas soalan
peperiksaan untuk rujukan.
xxi. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti :
- Mengisikan jadual kedatangan
- Menyusun buku-buku di rak dan para-para
- Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan
- Melengkapkan buku stok
- Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru
xxii. Menguruskan proses hapuskira.
xxiii. Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
xxiv. Melantik dan melatih pengawas PSS.
xxv. Menjadi perantara pihak sekolah dengan perpustakaan negara.
xxvi. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa
ke semasa.
2 GURU MEDIA
i. Menyediakan peraturan dan peraturan khas penggunaan Pusat Sumber.
ii. Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
iii. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS.
iv. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut mata pelajaran.
v. Membuat pesanan keperluan PSS melalui Guru Besar.
vi. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuk mencatatkan bilangan penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
vii. Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
viii. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecuriaan dan kehilangan.
ix. Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.
x. Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun.
xi. Menubuhkan kelab PSS.
xii. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari masa ke semasa.
3 GURU BAHAN BANTU BELAJAR
i. Memastikan alat-alat BBB yang berkuasa elektrik dan bahan software /hardware sentiasa dalam keadaan baik.
ii.Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
iii. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
iv. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBB dan APD.
v. Menguruskan penggunaan BBB dan APD secara berterusan.
vi. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
vii. Memastikan keselamatan BBB dab APD.
viii. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan BBB dan APD.
ix. Menggalakkan penggunaan alat BBB dan APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
x. Memastikan bilik BBB dan APD sentiasa kemas, selamat dan ceria.
xi. Menyediakan Laporan Tahunan BBB dan APD.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment